Wartawan Sinar Harian terima penghargaan polis

A
A
A

KOTA BHARU - Empat wartawan Sinar Harian menerima penghargaan daripada polis Kelantan atas komitmen dan kerjasama yang jitu serta berterusan agensi berkenaan kepada pihak PDRM di negeri ini.

Penerima penghargaan itu didahului Ketua Biro Sinar Harian Kelantan, Rosmiza Kassim yang menerima Surat Penghargaan daripada Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud diikuti wartawan Biro Sinar Harian Kelantan, MoJo Zaimatuljuwita Ab Manaf.

Wartawan Biro Sinar Harian Kelantan, MoJo Adila Sharinni Wahid pula menerima Surat Penghargaan daripada Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, manakala wartawan Sinar Harian Pasir Mas/Rantau Panjang, Hazelin Liana Kamaruddin menerima penghargaan daripada Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten komisioner Abdullah Mohammad Piah.

Sebahagian pengamal media yang menerima penghargaan daripada polis Kelantan.
Sebahagian pengamal media yang menerima penghargaan daripada polis Kelantan.

<

Zaimatuljuwita berkata, dia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap penganugerahan sijil berkenaan dan akan menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat antara media dan polis.

“Hubungan erat ini juga akan membantu para media terus menghebahkan berita dan maklumat daripada pihak polis untuk pengetahuan masyarakat.

“Media juga bersama polis dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dalam menjamin keselamatan dan mengekalkan keharmonian di negeri ini,” katanya selepas menerima Surat Penghargaan sempena Sambutan Hari Polis ke 212 pada tahun 2019 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di sini, hari ini.

Majlis sama turut berlangsung serentak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan yang disempurnakan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azmi Abu Kassim.

Artikel Berkaitan:

Turut menerima penghargaan 21 pengamal media dari Media Prima; Radio Televisyen Malaysia; The Star dan Utusan Malaysia.