Parti Pheu Thai mendahului keputusan awal

Pegawai EC menunjukkan kertas undi ketika proses kiraan dilakukan.
Pegawai EC menunjukkan kertas undi ketika proses kiraan dilakukan.
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Parti Pheu Thai yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra memenangi 137 daripada 350 kerusi kawasan pilihan raya disusuli Parti Palang Pracharath disokong tentera dengan 97 kerusi, menurut data awal dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand (EC), hari ini.

Kiraan jumlah undi yang tidak termasuk 150 kerusi senarai parti menunjukkan kedua-dua parti utama itu perlu membentuk pakatan untuk menguasai Parlimen.

Sementara itu, parti baharu, Parti Maju Masa Depan yang memperjuangkan pendirian antijunta memperoleh 30 kerusi kawasan pilihan raya.

Parti Demokrat yang menjadi pilihan kebanyakan pengundi di Bangkok hanya meraih 33 kerusi pilihan raya dan sokongan rendah itu menyebabkan bekas perdana menteri, Abhisit Vejjajiva berundur sebagai pemimpin parti itu, semalam.

EC turut menegaskan kiraan awal adalah tepat walaupun komputer mereka digodam.

"Kiraan salah undi yang berlaku pada malam Ahad adalah disebabkan kesilapan manusia dan kami akan menyiasat jika terdapat bukti kukuh," kata Setiausaha Agungnya, Jarungwit Phumma ketika menjawab tentang tuduhan penyelewengan dalam proses kiraan undi tersebut.

Difahamkan, keputusan rasmi tidak akan diketahui sehingga 9 Mei depan, beberapa hari selepas upacara pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn. - Straits Times

Artikel Berkaitan: