Derita sembilan sekeluarga dapat perhatian

Mohd Rosly (tengah, kiri) mengetuai lawatan bertemu keluarga mangsa kebakaran di Tok Fakir.
Mohd Rosly (tengah, kiri) mengetuai lawatan bertemu keluarga mangsa kebakaran di Tok Fakir.
A
A
A

MARANG - Sembilan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Tok Fakir di sini, Jumaat lalu mendapat perhatian pemimpin setempat, hari ini.

Kejadian jam 3.40 pagi itu menyebabkan kediaman Wan Mohd Rudin Wan Yaacob, 51, dan isterinya, Nuzaimah Abdulllah, 46, tinggal bersama enam anak serta bapa mereka, Abdullah Jusoh, 74, musnah sama sekali.

Wan Mohd Rudin menerima lawatan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tok Fakir, Mohd Rosly Abd Rasid yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk Tok Fakir bersama ahli jawatankuasanya.

Mohd Rosly dan ahli jawatankuasanya menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada Wan Mohd Rudin bagi mengurangkan beban yang ditanggung keluarga mangsa.

"Sumbangan barangan keperluan harian yang tidak seberapa ini diharapkan dapat sedikit sebanyak membantu keluarga ini. Semoga Keluarga Zamri tabah menghadapi dugaan ini," kata Mohd Rosly.

Terdahulu, kisah keluarga malang terbabit turut disiarkan Sinar Harian pada Sabtu lalu.

Sementara itu, Wan Mohd Rudin tetap bersyukur kerana kejadian tidak mengakibatkan kemalangan jiwa walaupun semua dokumen penting termasuk geran tanah musnah dalam kebakaran.

Artikel Berkaitan: