Tun M sifatkan pembangkang letak jawatan dalam PAC 'hal sendiri'

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan Amanat Khas kepada para penjawat awam negeri Kedah di Wisma Darul Aman hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan Amanat Khas kepada para penjawat awam negeri Kedah di Wisma Darul Aman hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang meletak jawatan daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) adalah 'hal sendiri'.

"Tak apa, nak letak (jawatan) letaklah, dia punya hal lah," jawabnya ringkas kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan Amanat Khas Perdana Menteri bersama Penjawat Awam Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan semua Ahli Parlimen pembangkang yang menganggotai PAC hari ini meletak jawatan serta-merta sebagai membantah keputusan mengekalkan pengerusinya kepada wakil kerajaan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan sebagai berkata notis peletakan jawatan kesemua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS yang menganggotai PAC akan dibuat segera.

Artikel Berkaitan: