Amaran ribut petir dikeluarkan METMalaysia di lapan negeri

Amaran ribut petir dikeluarkan METMalaysia di Twitter pada petang Jumaat.
Amaran ribut petir dikeluarkan METMalaysia di Twitter pada petang Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lapan negeri sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi ciapan di Twitter pada jam 5.15 petang Jumaat, METMalaysia berkata, negeri yang diramal mengalami cuaca buruk itu ialah di Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

"Di Kedah, ia membabitkan daerah di Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

"Di Perak pula daerah terlibat adalah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang," katanya.

Tiga daerah di Terengganu turut disenaraikan iaitu Besut, Setiu dan Hulu Terengganu diikuti Pahang yang membabitkan dua daerah iaitu Tanah Tinggi Cameron dan Rompin sementara di Johor, daerah terlibat adalah Kota Tinggi.

METMalaysia memberitahu, untuk di Sabah ribut petir dijangka berlaku di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu).

Katanya, sebanyak lapan daerah di Sarawak turut berdepan cuaca buruk berkenaan iaitu Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu (Sebauh), Miri (Marudi) dan Limbang.