Warga China lemas ketika mandi di Pantai Teluk Kalong

Mangsa yang ditemui diberikan bantuan awal sebelum disahkan meninggal dunia. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Mangsa yang ditemui diberikan bantuan awal sebelum disahkan meninggal dunia. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
A
A
A

KEMAMAN – Seorang lelaki warga China meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di Pantai Teluk Kalong, di sini pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd Zailani Abdullah berkata, mayat mangsa dikenali sebagai Cui Qiuming, 35, ditemui kira-kira jam 7.30 malam oleh nelayan di lokasi kejadian.

Menurutnya, sebelum kejadian mangsa dikatakan mandi di pantai tersebut bersama tujuh rakannya sekitar jam 6.30 petang.

“Selepas itu, dua daripada mereka dihanyutkan arus deras namun rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai.

“Mangsa pula ditemui pada jarak 100 meter dari pantai dan diberikan rawatan awal namun disahkan meninggal dunia,” katanya pada Jumaat.