Kisah raya, pengorbanan dan samudera biru

Mohd Reza meluangkan masa bertemu anggota TLDM yang bertugas menjaga keselamatan perairan negara semasa Aidilfitri.
Mohd Reza meluangkan masa bertemu anggota TLDM yang bertugas menjaga keselamatan perairan negara semasa Aidilfitri.
A
A
A

BAGI kebanyakan rakyat Malaysia, Hari Raya adalah masa untuk bersama yang tersayang.

Ada yang akan membuat perjalanan jauh untuk meluangkan masa dengan keluarga dan saudara-mara.

Harapan untuk dapat berjumpa dengan mereka seakan memberi semangat untuk menempuh perjalanan yang memakan masa yang panjang dan kadang-kadang penuh dengan cabaran.

Namun, bagi sekumpulan kecil yang istimewa, Hari Raya adalah hari bekerja yang sibuk dan jauh daripada keluarga yang dicintai.

Saya sekali lagi merasa bertuah kerana dapat bersama mereka yang istimewa ini untuk sedikit waktu.

Mohd Reza (kanan) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang pegawai TLDM yang bertugas di Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah.
Mohd Reza (kanan) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang pegawai TLDM yang bertugas di Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah.

Pada 22 Mei tahun lepas, saya ada menulis mengenai mereka yang berada beratus batu jauhnya dari tanah besar, yang bertugas menjaga kedaulatan maritim negara.

Tahun ini, saya berpeluang pula untuk berjumpa satu lagi kumpulan yang bertugas di lokasi yang berbeza.

Pangkalan Operasi Hadapan (Forward Operation Base - FOB) di perairan Sabah Timur ini dianggotai mereka daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Merekalah yang dikerah apabila keadaan memerlukan.

Seperti rakan-rakan seperjuangan di tempat lain, Hari Raya adalah hari bekerja sebagaimana biasa.

Mohd Reza (depan, kiri) ketika berkongsi juadah lemang dengan mereka yang bertugas.
Mohd Reza (depan, kiri) ketika berkongsi juadah lemang dengan mereka yang bertugas.

Mereka kekal siapsiaga untuk sebarang kemungkinan.

Bagi mereka ini, tidak ada masa untuk membeli baju raya, membantu isteri menyiapkan rumah dan tiada juga masa untuk bersalaman bersama keluarga tersayang di pagi Aidilfitri.

Mohd Reza (kanan) bersama pasukan yang sentiasa siapsiaga untuk sebarang kemungkinan.
Mohd Reza (kanan) bersama pasukan yang sentiasa siapsiaga untuk sebarang kemungkinan.

Adalah ironik apabila dilihat sangat sedikit kesedaran atau perhatian masyarakat terhadap mereka ini, yang menjaga kepentingan negara sebilang masa.

Apa pendapat pembaca budiman?

Mohd Reza (kanan) gembira dapat berjumpa rakan seperjuangan daripada Quick Reaction Force (QRF).
Mohd Reza (kanan) gembira dapat berjumpa rakan seperjuangan daripada Quick Reaction Force (QRF).