Perdana Menteri Singapura dikurnia gelaran Dato’ Istana Johor

Sultan Ibrahim (kanan) mengurniakan darjah SPMJ kepada Hsien Loong dalam satu Majlis Istiadat di Istana Besar Johor di sini, pada Jumaat. - Foto ihsan Royal Press Office
Sultan Ibrahim (kanan) mengurniakan darjah SPMJ kepada Hsien Loong dalam satu Majlis Istiadat di Istana Besar Johor di sini, pada Jumaat. - Foto ihsan Royal Press Office
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan darjah kebesaran Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Kurniaan tertinggi Istana Johor yang membawa gelaran Dato’ itu diberikan dalam satu Majlis Istiadat yang diadakan di Istana Besar Johor di sini, pada Jumaat.

Pada istiadat sama, Baginda Sultan Ibrahim turut berkenaan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada isteri Hsien Loong, Ho Ching yang membawa gelaran Datin Paduka.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith (dua, dari kiri) bergambar bersama Hsien Loong dan Ho Ching di Istana Besar Johor di sini, pada Jumaat. - Foto ihsan Royal Press Office
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith (dua, dari kiri) bergambar bersama Hsien Loong dan Ho Ching di Istana Besar Johor di sini, pada Jumaat. - Foto ihsan Royal Press Office

Berangkat sama pada istiadat berkenaan, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sebelum ini, beberapa tokoh daripada republik berkenaan juga pernah menerima kurniaan tersebut yang mana merupakan lambang persahabatan dan hubungan erat antara Johor dan Singapura.

Antara tokoh itu termasuk mantan Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew yang dikurniakan SPMJ pada 9 April 1984 bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-52 Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.