Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di sembilan negeri sehingga jam 9 malam ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di sembilan negeri sehingga jam 9 malam ini
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di sembilan negeri sehingga jam 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyatan yang dikeluarkan pada jam 5:35 petang itu memaklumkan negeri-negeri tersebut adalah Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah, kawasan yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik.

Sementara di Perak kawasan yang terlibat adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

Selain itu, di Kelantan pula melibatkan Jeli dan Terengganu membabitkan Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Di Pahang pula melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin serta Johor pula bagi kawasan Mersing.

Pada masa sama, di Sarawak pula melibatkan kawasan Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Miri (Miri dan Marudi), Limbang dan Sabah di Pedalaman pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat.

Di Perlis melibatkan semua kawasan.