Jersi Maradona semasa Piala Dunia dilelong RM40.33 juta

Jersi legenda pemain bole sepak Maradona yang dilelong pada harga RM40.33 juta pada Rabu. - Foto Sotheby's
Jersi legenda pemain bole sepak Maradona yang dilelong pada harga RM40.33 juta pada Rabu. - Foto Sotheby's
A
A
A

NEW YORK - Jersi yang dipakai oleh legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona semasa menjaringkan dua gol menentang England pada Piala Dunia 1986 telah dilelong pada harga AS$9.3 juta (RM40.33 juta). kata firma lelongan, Sotheby's pada Rabu.

Menurut firma lelongan itu, ia merupakan satu rekod untuk mana-mana barangan memorabilia sukan.

Tujuh pembida bersaing untuk jersi itu dalam lelongan yang bermula pada 20 April lepas dan berakhir pagi Rabu, kata Sotheby's tanpa mendedahkan nama pembelinya.

"Baju bersejarah ini merupakan peringatan yang nyata tentang detik penting bukan sahaja dalam sejarah sukan tetapi dalam sejarah abad ke-20.

“Ini boleh dikatakan baju bola sepak yang paling diidamkan yang pernah dilelong. Jadi, wajarlah ia kini memegang rekod lelongan untuk mana-mana objek seumpamanya,” kata Ketua Pakaian dan Koleksi Moden Sotheby's, Brahm Wachter dalam satu kenyataan selepas jualan itu seperti dilaporkan AFP.

Jersi itu telah dimiliki oleh bekas pemain tengah England, Steve Hodge yang menukar jersinya dengan Maradona selepas England tewas 2-1 pada perlawanan tersebut. - Agensi