Pancuran air berirama lagu raya jadi tarikan di Shah Alam

Pancuran air berirama lagu raya bermula Jumaat di Shah Alam.
Pancuran air berirama lagu raya bermula Jumaat di Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Persembahan pancuran air berirama bertemakan lagu raya di Laman Budaya diteruskan bagi menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri bermula Jumaat ini.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu kenyataan memaklumkan, pancuran cahaya Aidilfitri itu terbahagi kepada dua sesi iaitu jam 9 hingga 9.30 malam dan jam 9.45 hingga 10.15 malam pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

“Orang ramai dijemput hadir menyaksikan persembahan pancuran air berirama bertemakan lagu raya bagi menyemarakkan lagi suasana hari raya,” kata MBSA di laman Facebooknya pada Khamis.

Pancuran air berirama dilengkapi dengan sistem diod pemancar cahaya (LED) dan audio itu menjadi daya tarikan kepada pengunjung di Shah Alam sejak tahun lalu termasuk ketika Ramadan.