Sindiket jual bayi, perlu penyelesaian segera

Mas Ermieyati
Mas Ermieyati
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PH-Masjid Tanah) menyeru agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) mencari penyelesaian segera bagi menangani isu sindiket menjual bayi.

Memetik laporan muka hadapan Sinar Harian hari ini berhubung isu itu, Mas berkata sudah tiba masanya semua pihak harus menangani isu berkenaan.

"Pagi ini saya menerima berita dalam Sinar Harian ada mendedahkan isu sindiket jual bayi, ini bukan pendedahan kali pertama sebab al-Jazeera pernah melaporkan bahawa wujudnya sindiket ini dan melabel Malaysia sebagai hab penjualan bayi di rantau ini.

"Maka sudah tiba masanya hari ini agensi Kerajaan, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama NGO berganding bahu bagi menangani hal ini," katanya di dalam Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu beliau juga berpendapat sama ada akta sedia ada belum cukup untuk mengekang perkara ini daripada terus berlaku.

"Adakah undang-undang Pengangkatan Akta Perdagangan Orang dan Akta Kanak-kanak di negara ini tidak cukup untuk mengatasi perlakuan jijik ini.

"Siap ada yang menjual bayi mengikut kecomelan kalau comel lagi mahal," tegasnya.

Sinar Harian hari ini membongkar kegiatan pemerdagangan bayi yang kembali aktif apabila menjadikan rumah-rumah jagaan gadis terlanjur sebagai lubuk mendapatkan 'bekalan' bayi untuk dijual.

Artikel Berkaitan: