Dua jenazah mangsa Christchurch tiba di India

Jenazah Ansi yang dihantar pulang untuk dikebumikan selepas terbabit dalam serangan yang mengorbankan 50 nyawa di masjid di Christchurch, New Zealand. - Foto AFP
Jenazah Ansi yang dihantar pulang untuk dikebumikan selepas terbabit dalam serangan yang mengorbankan 50 nyawa di masjid di Christchurch, New Zealand. - Foto AFP
A
A
A

WELLINGTON- NEW ZEALAND. Dua jenazah mangsa warga India berjaya dihantar pulang ke untuk dikebumikan negara itu selepas terbabit dalam serangan ganas yang mengorbankan 50 nyawa di dua masjid di Christchurch, New Zealand.

AFP melaporkan, dua mangsa yang dihantar pulang adalah penuntut sarjana dari Kerala, Ansi Karippakulam Alibava, 23, dan seorang bakal juruterbang pesawat komersil, Ozair Kadir, 24, yang berasal dari bandar Hyderabad.

Suruhanjaya Tinggi India di Wellington berkata, jenazah ketiga pula dijangka akan tiba lewat hari ini iaitu pesara berusia 65 tahun, Mahboob Khokhar yang ditembak mati selepas ke Christchurch untuk melawat anak lelakinya.

“Saya tidak pasti dengan status jenazah mangsa rakyat negara lain tetapi apa yang boleh dikatakan ialah proses berjalan lebih cepat. Semua prosedur dilakukan dalam tempoh beberapa hari sebelum jenazah dibenarkan untuk dihantar pulang,” kata jurucakapnya.

Mangsa lain membabitkan dua beranak warga India, Asif dan Ramiz Vora dari Gujarat pula, dikebumikan di New Zealand.

Ramiz dikatakan baru saja meraikan hari jadi anak perempuannya sebelum ditembak mati oleh pengganas warga Australia itu.

Artikel Berkaitan: