Perkhidmatan di MPS lebih selesa

Kok Seong ketika melawat bangunan baharu MPS hari ini.
Kok Seong ketika melawat bangunan baharu MPS hari ini.
A
A
A

SEREMBAN – Urusan orang ramai mendapatkan perkhidmatan di Majlis Perbandaran Seremban (MPS) kini lebih selesa di bangunan baharu di Wisma Bandar Raya di Taman Forest Height di sini.

Bermula hari ini 0 jabatan dan tiga unit MPS telah beroperasi di situ melainkan Jabatan Taman dan Landskap yang masih kekal di pejabat sedia ada.

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong berkata, bangunan yang melibatkan kos pengubahsuaian berjumlah RM21.4 juta itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dengan suasana yang lebih kondusif.

“Di bangunan baharu ini kita sediakan dengan kaunter perkhidmatan yang lebih banyak berbanding di bangunan lama iaitu 10 kaunter pelbagai dan enam kaunter bayaran.

“Malah orang ramai juga tidak perlu risau soal parkir kerana disediakan dengan 578 petak parkir kereta berbumbung dan terbuka dan 136 petak parkir motosikal,” katanya ketika melawat operasi MPS di Wisma Bandar Raya di sini, hari ini.

Menurutnya, antara kemudahan lain disediakan ialah surau, bilik mesyuarat dan bilik latihan.

Jelasnya, perpindahan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang mahukan MPS menyediakan perkhidmatan yang terbaik

“Saya berharap kakitangan MPS akan lebih bersemangat bekerja dengan suasana baru ini.

Artikel Berkaitan:

“Bangunan MPS yang lama kita masih menanti maklum balas daripada mana-mana jabatan yang berminat nak sewa,’katanya.

Sementara itu beliau berkata, bagi memudahkan orang ramai ke Wisma Bandar Raya, kerajaan juga akan mengatur perkhidmatan bas awam percuma ke situ.