Perak sediakan 1,000 RTK-Ag kepada 59 pusat khidmat ADUN

Kerajaan negeri Perak menyediakan 1,000 RTK-Ag percuma kepada setiap 59 pusat khidmat ADUN. - Gambar hiasan
Kerajaan negeri Perak menyediakan 1,000 RTK-Ag percuma kepada setiap 59 pusat khidmat ADUN. - Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Kerajaan negeri Perak melalui jabatan kesihatan negeri akan menyediakan 1,000 Kit Ujian Pantas Antigen (RTK-Ag) percuma kepada setiap 59 pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi Covid-19 ketika musim perayaan ini.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, pemberian kit dalam masa terdekat itu diharap dapat mengawal dan memutuskan rantaian Covid-19 pada peringkat awal.

"Sebanyak 1,000 RTK-Ag ini akan diagihkan kepada setiap pusat khidmat ADUN dan seterusnya diedarkan kepada rakyat," katanya ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya anjuran kerajaan negeri di Stadium Indera Mulia di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau berkata, setakat ini tiada keperluan untuk membuka pusat kuarantin di negeri itu memandangkan sistem kesihatan semakin baik dan pesakit Covid-19 boleh menjalani kuarantin di rumah.

"Kebanyakan pesakit Covid-19 berada di kategori satu dan dua dengan mereka hanya menjalani kuarantin di rumah serta boleh sembuh dalam masa dua ke tiga hari," katanya. - Bernama