Pas setuju Pengerusi PAC daripada UMNO

 Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas bersetuju supaya ahli Parlimen UMNO dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata ini kerana UMNO mempunyai bilangan kerusi yang lebih dalam kalangan pembangkang.

“Kalau diikutkan Kiandee (Datuk Seri Dr Ronald Kiandee) dulu dari UMNO, sepatutnya pengganti adalah dari UMNO. Saya difahamkan UMNO telah kemukakan calon tetapi belum dilantik,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Media semalam melaporkan Barisan Nasional (BN) akan meletakkan Ahli Parlimen Parit Sulong yang juga Ketua Wanita UMNO Datuk Dr Noraini Ahmad sebagai pengerusi PAC, sekiranya jawatan tersebut dikosongkan.

Mengikut manifesto Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, jawatan pengerusi PAC dikhaskan kepada wakil rakyat pembangkang.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Bersatu, dilaporkan berkata Kiandee yang menyertai Bersatu akan kekal memegang jawatan itu sehingga calon yang sesuai dikenal pasti. - Bernama

Artikel Berkaitan: