Sila log masuk terlebih dahulu.

Lebih 860,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19

Seramai 868,859 atau 24.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Foto hiasan
Seramai 868,859 atau 24.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 868,859 atau 24.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, sebanyak 1,536,766 atau 43.3 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,894,533 atau 93 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,992,178 atau 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,035,520 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,967,185 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,243,448 (98.8 peratus) sekurang-kuranya menerima satu dos vaksin.

Sebanyak 12,380 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 1,847 dos pertama, dos kedua (10,015) dan dos penggalak (518), menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,325,128.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, lima kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan tiga kes dilaporkan di Selangor manakala masing-masing satu di Sarawak dan Perak. - Bernama

Artikel Berkaitan: