Sila log masuk terlebih dahulu.

Pelajar maut dilanggar motosikal ketika melintas jalan

Seorang pelajar maut selepas dilanggar sebuah motosikal sewaktu melintas jalan di Batu 9 Kota Sarang Semut, pada Isnin.
Seorang pelajar maut selepas dilanggar sebuah motosikal sewaktu melintas jalan di Batu 9 Kota Sarang Semut, pada Isnin.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang pelajar maut selepas dilanggar sebuah motosikal sewaktu melintas jalan di Batu 9 Kota Sarang Semut, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa Muhammad Shafiq Haikal Sahfiee, 9, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1.30 tengah hari, sebuah motosikal sedang bergerak dari arah Kota Sarang Semut menghala ke Simpang Empat.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, penunggang motosikal tidak sempat membrek lalu melanggar mangsa yang cuba melintas jalan.

“Mangsa yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Hitam, Simpang Empat tercampak di bahu jalan dan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Jelas Ahmad Shukri, mayat mangsa kemudian di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Penunggang motosikal bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Awani

Artikel Berkaitan: