Lima kematian baharu Covid-19 direkodkan

Menurut data KKM di portal CovidNow, tiada kematian berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead'
Menurut data KKM di portal CovidNow, tiada kematian berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead'
A
A
A

KUALA LUMPUR - Angka kematian akibat jangkitan Covid-19 terus mencatatkan penurunan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan hanya lima kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,547 orang, daripada 4.4 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, tiada kematian berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, terdapat 45,506 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 44,214 individu atau 97.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 33 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,190 kes dirawat di hospital dan 79 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 24 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 45 lagi memerlukan mesin ventilator.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!