Ahli Parlimen UK tonton video lucah ketika sidang Dewan

Neil Parish meletak jawatan susulan kontroversi menonton video lucah ketika dewan sedang bersidang. - Foto Reuters
Neil Parish meletak jawatan susulan kontroversi menonton video lucah ketika dewan sedang bersidang. - Foto Reuters
A
A
A

LONDON - Ahli Parlimen Konservatif United Kingdon (UK), Neil Parish meletak jawatan susulan kontroversi menonton video lucah ketika dewan sedang bersidang.

Parish dalam satu temuramah dengan BBC mengakui keputusan itu dibuat kerana mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas tindakan tersebut.

Parish sebelum ini digantung daripada Parti Konservatif.

Beliau juga bertegas akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen sepanjang siasatan ke atasnya berjalan.

Parish mendakwa menonton video lucah berkenaan secara tidak sengaja ketika mencari traktor dalam laman web.

Namun beliau akui kesilapannya apabila menonton video lucah untuk kali kedua.

Tindakan Parish itu dilaporkan seorang Ahli Parlimen wanita yang duduk di sebelahnya. - Awani