Sila log masuk terlebih dahulu.

Lebih 5,000 kenderaan langgar had laju hari pertama Ops HRA

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 5,021 daripada 750,903 kenderaan yang melewati kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di lebuh raya semalam didapati melanggar had laju dibenarkan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan malam ini memaklumkan, daripada sejumlah 236,671 kenderaan yang melewati kamera AWAS di lampu isyarat pula, 966 didapati melanggar lampu merah.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 29 kamera AWAS dipasang bagi memantau kesalahan memandu melebihi had laju dan 16 untuk memantau kesalahan melanggar lampu isyarat merah beroperasi sepenuhnya sejak semalam.

Kenyataan itu menyebut pada hari pertama Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2022 semalam, kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar isyarat lampu merah adalah yang tertinggi dilakukan pengguna jalan raya.

Menurut kenyataan itu, pelaku kedua-dua kesalahan akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun mengikut Seksyen 79 Akta 333 (JPJ).

"Sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM2,000. Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan seterusnya menurunkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: