Sila log masuk terlebih dahulu.

Paip pecah, 15 kawasan di KL alami gangguan bekalan air

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 15 kawasan di sekitar ibu negara akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah di Rumah Pam Pudu Ulu Baru, Taman Pertama di sini, pada Sabtu.

Kawasan terjejas adalah Bukit Permai Industri; Kampung Cheras Baru; Pandan Bistari; Taman Bukit Pandan; Taman Bukit Permai; Taman Bukit Teratai; Taman Mawar; Taman Mega Jaya; Taman Melur; Taman Mestika; Taman Muda; Taman Pandan Mewah; Taman Putra; Taman Saga dan Taman Seraya.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan kerja-kerja pembaikan telah bermula pada 11.30 pagi tadi dan dijangka siap sepenuhnya pada 9.30 malam ini.

Kenyataan itu menyebut bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna setelah kerja pembaikan siap dilaksanakan.

"Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan ke kawasan yang terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” menurut kenyataan itu.

Para pengguna boleh merujuk ke semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 bagi maklumat lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan: