Balik kampung: Trafik lebuh raya semakin sesak

Keadaan aliran trafik Plaza Tol Gombak arah Lebuhraya Pantai Timur bergerak perlahan pada 12 tengah hari Sabtu berikutan peningkatan jumlah kenderaan susulan orang ramai yang pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.

Tol percuma diberikan kepada pengguna selama empat hari, bermula pada 12 tengah malam 30 April (Sabtu) hingga 11.59 malam 1 Mei (Ahad) serta pada 12 tengah malam pada 7 Mei (Sabtu) hingga 11:59 malam pada 8 Mei (Ahad). - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya dan jalan utama menuju ke utara, selatan dan Pantai Timur semakin sesak berikutan orang ramai balik ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.

Tinjauan di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hingga pukul 2 petang tadi mendapati trafik semakin sesak di beberapa laluan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Di utara, kesesakan dilaporkan berlaku sejauh 8.1 kilometer dari Bukit Tambun ke Jawi, manakala kenderaan juga bergerak perlahan arah selatan dari Pedas Linggi ke Simpang Ampat.

Di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) trafik sesak selepas Sentul Pasar ke Greenwood terus ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, serta di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Plaza Tol Gombak terus ke Genting Sempah dan Bukit Tinggi ke Lentang.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik. - Bernama