Lelaki ditemukan mati di ladang kelapa sawit

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
A
A
A

DUNGUN - Mayat seorang lelaki ditemui terbaring bersebelahan kereta miliknya di ladang kelapa sawit di Felda Kerteh 6 di sini, semalam.

Mangsa berusia 50-an itu ditemui pengguna jalan raya, Mohd Zulbadrul Hishan Husin, 36, kira-kira jam 10 malam.

Zulbadrul menghubungi polis selepas melihat mangsa juga peneroka di Felda Kerteh 5 itu terbaring tidak sedarkan diri bersebelahan Proton Persona.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Sepasukan anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) negeri tiba di lokasi pada jam 3.30 pagi untuk membuat pemeriksaan.

“Tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada tubuh badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Menurutnya, mayat berkenaan kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian.

Artikel Berkaitan: