Fasha nak kahwin, Elisha tolak banyak job

A
A

PELAKON meningkat naik, Elisya Sandha yang juga merupakan adik kepada aktres terkenal, Fasha Sandha, meluahkan rasa kegembiraan apabila kakaknya bakal mengakhiri zaman ibu tunggal penghujung Mac ini.

Cerita Elisya dia terpaksa menolak banyak perkara demi melihat kebahagiaan kakaknya.

“Saya sebenarnya banyak sangat kerja tetapi disebabkan kakak saya terpaksa tolak banyak sangat perkara.

“Tapi itulah pengorbanan saya untuk kakak dan saya rasa cukup happy selepas tiga tahun lebih akhirnya dia jumpa lelaki yang saya rasakan memang untuk dia.

“Sebab Aidil seorang yang sangat baik," jelas Elisya.

Keterujaan berganda apabila Elisya turut terlibat dalam persiapan berkenaan.

“Ya saya terlibat sama, sebab boleh dikatakan persiapan last minute. Oleh sebab itu saya kena tolong kakak," ujarnya.

Mengenai kerjaya lakonan, Elisya baru sahaja habis menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Encik Imam Ekspres untuk Astro.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia