X

Kindly register in order to view this article
!

Unit khas polis siasat kes jual bayi

A
A

KUALA LUMPUR - Satu unit khas dikhususkan polis dalam menyiasat sindiket pemerdagangan bayi yang dilaporkan berlaku di beberapa tempat di Selangor seperti yang didedahkan Sinar Harian, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, unit khas itu ditubuhkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

"Kes ini sedang giat kita tangani dan setakat ini saya dimaklumkan belum ada tangkapan dibuat.

"Walau bagaimanapun, polis akan memanggil pengusaha rumah yang menjaga ibu hamil berkenaan serta individu-individu lain yang mempunyai kaitan dalam kes ini bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Polis ke-212, hari ini.

Hari ini, Sinar Siasat melaporkan kegiatan pemerdagangan bayi masih bergiat aktif di negara ini susulan wujud individu tidak bertanggungjawab menjadikan rumah jagaan gadis terlanjur sebagai lubuk untuk mendapatkan bekalan bayi.

Modus operandinya sangat mudah apabila rumah jagaan tersebut mengambil kesempatan ke atas gadis-gadis yang mengandung luar nikah.

Selepas bersalin, gadis terlanjur perlu menyerahkan bayi mereka kepada pusat jagaan tersebut yang sudah mempunyai pembeli atau jika tidak perlu membayar lebih RM9, 500 sebagai kos penjagaan semasa mengandung dan bersalin.

ARTIKEL BERKAITAN:

Sinar Harian bongkar sindiket jual bayi

Lagi comel, lagi mahal!


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus