Semua ahli PAC pembangkang letak jawatan

Sidang media memaklumkan berkaitan perkara itu di lobi Parlimen, hari ini. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Sidang media memaklumkan berkaitan perkara itu di lobi Parlimen, hari ini. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Parlimen (PAC) dari blok pembangkang melepaskan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua Ahli Parlimen BN yang keluar daripada PAC itu ialah Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad dan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah manakala daripada Pas, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

"Semua ahli PAC pembangkang letak jawatan dan berikan sepenuh kuasa kepada kerajaan. Kita tidak akan berada dalam PAC sehingga kerajaan berikan jawatan pengerusi daripada pembangkang.

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah letak jawatan PAC?

"Dua daripada BN iaitu Ahli Parlimen Parit Sulong (Noraini) dan Jasin (Ahmad) manakala daripada Pas Ahli Parlimen Kota Bharu (Takiyuddin), kesemua mereka letak jawatan serta-merta," katanya ketika sidang media, di lobi Parlimen, hari ini.

Ismail Sabri menegaskan,berdasarkan janji 16 yang termaktub dalam Manifesto PH, jawatan Pengerusi PAC dikhaskan untuk Ahli Parlimen pembangkang dan disebabkan itu, selepas PRU14, kerajaan melantik Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang ketika itu Ahli Parlimen UMNO.

"Keputusan daripada perjumpaan Ahli Parlimen BN, kita cadang Noraini untuk jadi pengerusi PAC, malah surat daripada BN juga sudah dikeluarkan pada 1 Mac untuk maklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof namun tidak ada respons, sehingga kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kedudukan Ronald kekal.

"Kalau diteruskan, maknanya Pengerusi PAC daripada PH, Timbalan Pengerusi juga PH. Sudahnya keanggotaan ahli PAC lebih ramai daripada PH.

"Maknanya, PH ada kuasa sepenuhnya dalam PAC, sedangkan tujuan dilantik daripada pembangkang supaya PAC boleh semak imbang lebih berkesan untuk lihat kes tertentu lihat daripada kerajaan," jelasnya.

Ahli Parlimen Bera itu menambah, pembangkang menilai situasi ini sebagai satu penyelewengan janji.

"Walaupun kita tahu janji lain tak ditepati, transformasi Parlimen ini diharapkan Pengerusi PAC diberikan kepada pembangkang.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menciap di Twitternya berkata, dengan mengekalkan Ronald sebagai pengerusi maksudnya, PAC sengaja tidak menghormati manifesto sendiri malah sekali lagi membuktikan wajah sebenar PH

Artikel Berkaitan:


"Atas prinsip, bukan saja Nurul Izzah Anwar yang patut undur, UMNO dan pembangkang harus berundur dari menganggotai PAC," katanya.