Matrix Concepts sumbang RM200,000 kepada Surau Ara Sendayan

Dari kiri, Kong Soon, Razali, Taufek, Aminuddin, Haslah dan Tian Hock pada majlis sumbangan cek yang diadakan di d’Tempat Country Club pada Khamis.
Dari kiri, Kong Soon, Razali, Taufek, Aminuddin, Haslah dan Tian Hock pada majlis sumbangan cek yang diadakan di d’Tempat Country Club pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM – Matrix Concepts menyumbangkan RM200,000 sebagai dana permulaan untuk pembinaan Surau Ara Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Seremban sempena bulan Ramadan pada Khamis.

Matrix Concepts dalam satu kenyataan berkata, objektif syarikat ialah membantu masyarakat Islam di Ara Sendayan untuk mempunyai tempat ibadat selesa dan kondusif serta dijadikan pusat komuniti.

“Sumbangan ini selaras dengan objektif negara ke arah masyarakat harmoni dan bertamadun seperti yang termaktub dalam Rukun Negara.

“Rukun Negara yang pertama ialah ‘Kepercayaan kepada Tuhan’ iaitu percaya kepada Tuhan dan beriman adalah asas kepada semua nilai moral dan kelakuan kita.

"Menghormati dan memahami antara satu sama lain dengan perbezaan yang tersendiri dapat direalisasikan dalam masyarakat bertamadun terutamanya di Malaysia yang berbilang kaum," jelas kenyataan itu.

Sementara itu, Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts, Datuk Seri Le Tian Hock berkata, Matrix Concepts sentiasa menekankan pembangunan komuniti di perbandarannya, meletakkan kepentingan dalam pertumbuhan sosial, ekonomi dan kesejahteraan penduduk,” katanya.

Pada Khamis, Pengerusi Matrix Concepts, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin telah menyampaikan cek kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Surau Ara Sendayan, Taufek Sharom dan disaksikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminudin Harun serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malik.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Matrix Concepts, Ho Kong Soon.