Kemarau: Kerajaan PH perlu bantu rakyat Kelantan

Empangan air di kelantan. Gambar kecil, Noor Hariri.
Empangan air di kelantan. Gambar kecil, Noor Hariri.
A
A
A

KOTA BHARU – Kerajaan persekutuan diharapkan mewujudkan inisiatif untuk membantu rakyat yang berdepan dengan kesan kemarau di negeri ini.

Ketua Pemuda UMNO Negeri, Noor Hariri Mohd Noor berkata, sehingga kini, banyak usahawan kecil dan sederhana yang berdepan masalah apabila kebanyakan hasil tanaman dan jualan mereka terpaksa dihentikan sementara kesan kemarau berpanjangan.

“Kerajaan boleh berusaha buat kaedah pembenihan awan. Bantu apa yang patut, kita punyai kepakaran yang boleh melakukan perkara tersebut dan Insya-ALLAH jika diizinkan, kurang sedikit kesan kemarau itu.

“Selain itu, diharapkan agar kita semua membuat solat hajat di semua tempat dan memohon daripada ALLAH SWT untuk memberi hujan dan permudahkan segala urusan kita sepanjang musim ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar yang menjangkakan beberapa buah negeri akan mengalami musim kering sehingga Mei ini dan negeri tersebut ialah Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pahang dan Kelantan.

Artikel Berkaitan: