Gelagat penumpang MRT di Jakarta 'bikin kepala pusing'

Orang ramai turut berkumpul dan makan beramai-ramai di lantai stesen MRT di Jakarta.
Orang ramai turut berkumpul dan makan beramai-ramai di lantai stesen MRT di Jakarta.
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Republik Indonesia berbangga apabila projek sistem Transit Aliran Massa (MRT) yang menelan kos AS$1.1 bilion (RM4.4 bilion) siap sepenuhnya dan mula beroperasi semalam.

Upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh Presiden Joko Widodo atau mesra disapa sebagai Jokowi.

Laluan baru sepanjang 16 kilometer yang mengambil masa hampir enam tahun untuk disiapkan itu turut dibuka kepada orang awam dengan tiket diberikan percuma pada minggu pertama.

Ketika berucap semasa majlis perasmian tersebut, Jokowi menggesa pengguna mengamalkan mentaliti kelas pertama seperti tidak membuang sampah merata-rata, beratur dan menepati masa.

Katanya, MRT adalah sebahagian daripada budaya baru kerana ia adalah yang pertama di republik itu.

Namun, umpama mencurah air ke daun keladi, rata-rata penumpang yang baru mengenali MRT menonjolkan aksi 'kampungan' ketika menaiki kemudahan itu.

Memetik laporan Kompas, beberapa penumpang tidak menjaga tingkah laku mereka ketika menggunakan kemudahan itu.

Tambahnya, beberapa penumpang 'sakai' dirakam bergayut pada tali pemegang, malah ada yang memijak kerusi dalam gerabak.

Artikel Berkaitan:

Lebih menjengkelkan, orang ramai turut 'berkhemah' dan menjamah makanan di lantai stesen MRT berkenaan.

Projek berkenaan dilihat sebagai alternatif untuk menangani masalah kesesakan di Jakarta yang dianggap sebagai paling teruk di dunia. - Agensi