Liga Premier: PDRM hampakan Kuching City di Cheras

Pemain Selangor FC 2, George Tetteh Ankrah (kiri) diasak pemain Projek FAM-MSN, Muhammad Syafiq Nurul Hisham (kanan) dalam perlawanan Liga Perdana 2022 di Stadium UiTM Shah Alam malam khamis.
-FOTO Bernama
Pemain Selangor FC 2, George Tetteh Ankrah (kiri) diasak pemain Projek FAM-MSN, Muhammad Syafiq Nurul Hisham (kanan) dalam perlawanan Liga Perdana 2022 di Stadium UiTM Shah Alam malam khamis. -FOTO Bernama
A
A
A
PDRM FC bangkit daripada ketinggalan pada saat akhir untuk menafikan hasrat Kuching City FC mencatat kemenangan kedua berturut-turut Liga Premier pada aksi yang berakhir dengan keputusan 2-2 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Jaringan penyamaan penuh mendebarkan itu hasil sepakan penalti yang disempurnakan pemain tengah, Muhammad Azrie Reza Zamri pada masa tambahan babak kedua menghadiahkan satu mata kepada PDRM selepas tewas dalam dua perlawanan terakhir.

Kuching City FC yang dibimbing pengendali berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim terlebih dahulu berada di depan menerusi sentuhan penyerang Abu Kamara pada minit ke-10 sebelum tuan rumah mengikat kedudukan 1-1 hasil penyudah Martin Adamec pada minit ke-23.

Begitupun, pemain pertahanan Aylton Alemao kembali menghidupkan peluang Kuching City FC untuk mengutip tiga mata berharga dengan meledak gol kedua pasukan pada minit ke-84 namun impian itu musnah dengan jaringan sepakan penalti Muhammad Azrie.

Keputusan itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan kedua-dua pasukan apabila berkongsi tujuh mata dengan Kuching City di tangga keenam sementara PDRM di tangga ketujuh.

Sementara itu di SHAH ALAM, skuad Projek FAM-MSN menamatkan rentetan kekalahan dalam empat perlawanan terakhir apabila mengikat Selangor FC 2 tanpa jaringan di Stadium UiTM. - Bernama