Agenda ekonomi berasaskan keperluan, bukan perkauman: Anwar

Ciapan Anwar di laman mikro Twitter, miliknya.
Ciapan Anwar di laman mikro Twitter, miliknya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan agenda ekonomi negara mesti berasaskan keperluan, bukan berasaskan kaum.

Beliau menulis demikian dalam laman Twitternya dan menyatakan rakyat Malaysia perlu menangkis politik perkauman dan ketakutan.

Menurutnya, dengan membuang elemen sebegitu, baharulah Malaysia akan maju.

“Dalam politik, adalah amat mudah untuk menjatuhkan seseorang.

“Tapi saya tidak akan berkompromi dalam isu ini - agenda ekonomi kita mesti berasaskan keperluan, bukan perkauman,” tulis beliau.

Dalam ciapannya itu, beliau turut memuat naik infografik menunjukkan cadangan beliau dalam Dewan Rakyat yang dikemukakan pada 18 Mac lepas.

Ia berkisar kepada isu kemiskinan negara yang turut memaklumkan faktor kemiskinan di Malaysia berpunca daripada kos hidup tinggi, kekurangan peluang pekerjaan dan taraf pendidikan rendah.

Dalam infografik sama, Anwar turut mencadangkan lima perkara bagi mengatasi masalah itu. Berikut adalah cadangan beliau:

Artikel Berkaitan:

Harus berganjak dari Agenda Melayu kepada Agenda Rakyat demi membasmi kemiskinan untuk semua.

Jika majoriti rakyat Malaysia dibela dengan pembasmian kemiskinan, orang Melayu juga terdiri daripada jumlah penduduk terbesar akan terima faedahnya.

Agihan penghasilan dan keuntungan yang tertumpu kepada golongan elit Melayu sebelum ini harus diubah demi memastikan peluang sama rata untuk semua.

Perangsangan ekonomi bagi majoriti rakyat Malaysia adalah kunci untuk menjamin kestabilan negara.