Yayasan SP Setia ceriakan pelajar, keluarga B40 menjelang Syawal

Yayasan SP Setia mengagihkan bakul makanan di Sekolah Kebangsaan Semenyih.
Yayasan SP Setia mengagihkan bakul makanan di Sekolah Kebangsaan Semenyih.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan SP Setia mengedarkan baucar barangan keperluan sekolah dan bakul makanan kepada pelajar daripada keluarga B40 sebagai salah satu persiapan menjelang Syawal.

Naib Presiden Eksekutif SP Setia, Datuk Yuslina Mohd Yunus berkata, baucar barangan keperluan sekolah bernilai RM200 termasuk dua set pakaian sekolah dan sebuah beg sekolah diberikan kepada lebih 960 pelajar dari enam buah sekolah di Selangor kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

Yuslina
Yuslina

Menurutnya, antara sekolah yang mendapat manfaat tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Pulau Indah, Klang dan Sekolah Kebangsaan Sungai Lui, Hulu Langat.

Selain itu, sekolah lain seperti Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda; Seksyen 25, Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda 2, Sekolah Kebangsaan Padang Jawa and Sekolah Kebangsaan Seksyen 24, di sini turut menerima bantuan tersebut seleas terjejas teruk ketika banjir pada Disember lalu.

"Yayasan SP Setia sentiasa komited untuk membantu pelajar dan keluarga B40. Dengan Aidilfitri yang hampir menjelang, kami harap bantuan yang diberi bukan sahaja boleh meringankan beban, malah mampu menyinari hati mereka dalam musim perayaan ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Yayasan SP Setia menyerahkan baucar pakaian sekolah dan beg untuk pelajar kepada JPNS.
Yayasan SP Setia menyerahkan baucar pakaian sekolah dan beg untuk pelajar kepada JPNS.

Dalam pada itu, Yuslina berkata, pihak Yayasan SP Setia turut menagihkan sebanyak 240 bakul makan di lapan buah sekolah di Selangor, Pulau Pinang dan Johor sempena bulan Ramadan yang terlibat dalam Program Setia Sekolah Penyayang (SCSP).

Ujarnya, sebanyak RM32,400 diperuntukan untuk bakul makanan tersebut yang mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, mi kuning, oat, gula, biskut, minuman 3 dalam 1, dan makanan dalam tin untuk membantu keluarga yang memerlukan menghadapi saat sukar ketika musim perayaan.