Tahi judi didenda

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Padah terlibat dengan kegiatan perjudian, dua tahi judi didenda oleh Mahkamah Majistret Shah Alam selepas mengaku bersalah memiliki kertas loteri awam.

Pengakuan itu dibuat oleh Kamil Nurung dan Mohd Raimie Anuar Ab Rahim selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan.

Justeru, Majistret, Sabreena Bakar@ Bahari menjatuhkan hukuman denda RM2,100 terhadap Kamil manakala Mohd Raimie didenda RM2,000.

Sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut, kedua-dua tertuduh dipenjara selama empat bulan.

Mahkamah juga melucutkan hak terhadap wang tunai yang dirampas.

Kamil, 32, mengaku bersalah memiliki tiga keping kertas loteri awam di kaki lima sebuah kedai di Sri Muda, jam 3.30 petang, Sabtu lalu.

Sementara Mohd Raimie, 34 mengaku membantu menjalankan kegiatan itu dengan memiliki dua keping kertas tiket loteri haram.

Pendakwaaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Amirah Haziqah Zulkifli mengikut 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Artikel Berkaitan: