Selangor penyumbang utama KDNK

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Selangor merupakan salah sebuah negeri penyumbang utama dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi 20 peratus sepanjang 10 tahun ini.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sumbangan Selangor kepada KDNK negara pada 2017 meningkat kepada 23 peratus daripada 22.7 peratus pada tahun sebelumnya.

"Jumlah ini dijangka akan terus meningkat hasil pertumbuhan ekonomi yang pesat di dalam negeri.

"Sebagai penyumbang utama kepada sektor pembuatan di Malaysia, kepesatan ekonomi negeri juga adalah selari dengan peningkatan bilangan penduduk dari setahun ke setahun," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Dalam masa sama, katanya, anggaran jumlah penduduk negara oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan peningkatan.

"Peningkatan yang dicatatkan adalah sebanyak 1.1 peratus pada suku tahun keempat 2018 iaitu seramai 362,000 penduduk berbanding suku tahun keempat 2017.

"Dari jumlah tersebut, Selangor mencatatkan peratusan negeri dengan penduduk tertinggi sekitar 20 peratus atau anggaran 6.5 juta penduduk," katanya.

Artikel Berkaitan: