Pas masih 'tanda kertas', belum boleh beri markah

Takiyuddin Hassan - Foto Bernama
Takiyuddin Hassan - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas masih menilai pentadbiran PH sebelum memutuskan untuk memberi 'gred markah' yang sesuai.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas kini sedang 'menanda kertas' kerana banyak perkara perlu dinilai sebelum memberi keputusan prestasi pentadbiran PH.

"Kita masih 'marking paper', belum bagi markah lagi, mungkin genap setahun nanti tengoklah... sebab tafsiran luas," katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Khairy beri PH markah D

Kenyataan Takiyuddin menyusul selepas bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi gred D terhadap kerajaan PH selepas sepuluh bulan mentadbir negara.

Gred itu diberi berdasarkan gerak kerja PH yang dianggap lemah termasuk isu ekonomi yang belum diselesaikan.

Dalam wawancara itu, Khairy mendakwa beliau menerima banyak makluman daripada golongan perniagaan berkenaan pelaburan yang perlahan disebabkan kurangnya hala tuju daripada kerajaan, selain faktor ekonomi global. "Kos sara hidup tidak berubah. Walaupun sudah sembilan bulan (10 bulan) tiada petanda tentang hala tuju kerajaan untuk meringankan kos sara hidup," katanya lagi.

Selain isu ekonomi, Khairy juga mendakwa kerajaan gagal memberi respons yang memadai untuk memadam rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu sejak PRU lalu.

Artikel Berkaitan:

"Orang boleh kata UMNO dan Pas meningkatkan ketegangan kaum dan agama, tetapi anda juga boleh kata kerajaan membuat kesilapan dalam respons (mereka) terhadap rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu.

"Mereka dilihat kekurangan dalam banyak perkara, bukan saja ekonomi, tetapi juga (berkenaan) masyarakat," katanya lagi.