Eyra Hazali pernah merajuk dengan ibu

Pelakon, Eyra Hazali
A
A

AKTRES, Eyra Hazali mengakui lebih selesa hal kerjaya diuruskan oleh ibu sendiri.

Menurut pelakon popular Mr Grey itu, ibunya Qhuzie Johari lebih memahami berbanding orang lain.

Malah ia akan menjadikan Eyra seorang yang lebih berdisiplin.

"Pernah juga saya merajuk dengan ibu sebab saya dapat tahu ibu berjumpa dengan pihak syarikat pengurusan yang berminat untuk menguruskan kerjaya seni saya.

"Sampaikan saya bertanya dengan ibu adakah dia sudah tidak mahu menjaga saya lagi?

"Begitu pun katanya dia cuma berjumpa dan mendengar terlebih dahulu dengan tawaran yang ditawarkan," katanya sebagaimana laporan mStar Online.

Mengenai perkembangan kerjaya lakonan selepas menutup aurat, katanya semakin diterima baik.

"Alhamdulillah, macam yang pernah saya cakap sebelum ini. Rezeki tidak salah alamat sekiranya berusaha dan tawakal.

"Sejak pakai tudung karier seni berjalan seperti biasa dan malah tawaran juga menggalakkan.

"Mana tidaknya, drama sekarang banyak yang mahu watak bertudung. Jadi ia bukanlah lagi menjadi satu kekangan," jelasnya.