Guru daif menang AS$1 juta

Peter Tabichi menewaskan sembilan finalis dari seluruh dunia untuk meraih Anugerah Guru Global 2019.
Peter Tabichi menewaskan sembilan finalis dari seluruh dunia untuk meraih Anugerah Guru Global 2019.
A
A
A

DUBAI - EMIRIAH ARAB BERSATU. Seorang guru matematik dan fizik dari sebuah sekolah menengah di kampung terpencil di Lembah Rift, Kenya memenangi wang tunai AS$1 juta (RM4 juta) bagi Anugerah Guru Global 2019, kata penganjur.

Menurut penganjur (Yayasan Verkey), Peter Tabichi memberi 80 peratus gaji bulanannya kepada golongan miskin, menerima hadiah pada upacara Sabtu di Dubai yang dihoskan oleh bintang Hollywood, Hugh Jackman.

“Setiap hari di Afrika kita mengubah muka surat dan bab baharu. Hadiah ini bukan mengiktiraf saya tetapi generasi muda benua yang hebat ini. Saya hanya di sini kerana apa yang dicapai oleh pelajar saya,” kata Tabichi.

Tabichi menewaskan sembilan finalis dari seluruh dunia untuk menerima anugerah itu.

Tabichi, 36, mengajar di sekolah menengah harian Keriko di kampung Pwani di bahagian terpencil di Lembah Rift Kenya, yang sering berdepan kemarau dan kebuluran.

Kira-kira 95 peratus murid sekolah berasal dari keluarga miskin, hampir sepertiga anak-anak yatim atau hanya mempunyai seorang ibu atau bapa, dan ramai yang tidak mempunyai makanan di rumah.

Untuk bersekolah, sesetengah pelajar perlu berjalan kaki sejauh tujuh kilometer di sepanjang jalan yang tidak boleh dilalui semasa musim hujan.

Sekolah ini, dengan nisbah pelajar-guru 58:1, hanya mempunyai satu komputer untuk kegunaan murid dan capaian internet yang lemah, namun, Tabichi menggunakan ICT dalam 80 peratus pelajarannya untuk melibatkan pelajar. - AFP

Artikel Berkaitan: