Tohmahan terhadap badan kehakiman agak keterlaluan: Tengku Maimun

Tengku Maimun - Foto Bernama
Tengku Maimun - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berpandangan tohmahan terhadap hakim dan badan kehakiman sejak beberapa hari ini adalah agak keterlaluan.

Menurutnya, rakyat terutama ahli politik bebas untuk mengkritik namun tidak bermakna boleh menyerang institusi itu dengan tuduhan tidak berasas demi kepentingan tertentu.

“Kebelakangan ini, mahkamah berhadapan dengan kes-kes berprofil tinggi dan melibatkan kepentingan awam.

“Adalah menjadi lumrah bagi kita para hakim untuk menerima kritikan dan tohmahan daripada pihak yang terkilan dengan keputusan-keputusan mahkamah apalagi bagi kes-kes berkepentingan awam,” katanya dalam ucapan pada Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Kehakiman Putrajaya pada Rabu.

Berikut adalah ucapan penuh beliau:

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim

Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan

Anggota-anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Datuk Stephen Chung Hian Guan dan Datuk Prof Madya Dr Johan Shamsuddin Datuk Sabaruddin

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Karen Cheah Yee Lynn; Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Hasbi Hasan; Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Qalam Zainuddin Sani

Para tetamu, pegawai-pegawai kehakiman, wakil-wakil media, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

[1] Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua, dapat kita bersama-sama hadir di Majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Hakim Mahkamah Tinggi pada petang ini.

[2] Bagi pihak Badan Kehakiman Malaysia, saya ingin menjunjung kasih atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustain Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah atas pelantikan:

(i) Datuk Seri Latifah Mohd Tahar

(ii) Datuk Amarjeet Singh a/l Serjit Singh

(iii) Datuk Duncan Sikodol

(iv) Muniandy a/l Kannyappan

(v) Dr Shahnaz Sulaiman

(vi) Evrol Mariette Peters

(vii) Christopher Chin Soo Yin

(viii) Ong Chee Kwan

(ix) Mohd Radzi Abdul Hamid

(x) Datuk Aslam Zainuddin

(xi) Datuk Julie Lack

(xii) Wong Siong Tung

(xiii) Leonard David Shim

(xiv) Nadzarin Wok Nordin

(xv) Quay Chew Soon

(xvi) Atan Mustaffa Yussof Ahmad dan

(xvii) Anand Ponnudurai

sebagai Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.

[3] Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana telah menerima nama-nama yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

[4] Pada kesempatan ini, saya bagi pihak badan kehakiman ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Hakim Mahkamah Tinggi atas pelantikan ini, yang sudah tentunya menjadi detik bersejarah dalam kerjaya Yang Arif.

[5] Yang Arif baru sahaja mengangkat sumpah Jawatan dan Taat Setia. Terdapat tiga intipati penting yang terkandung dalam sumpah jawatan tersebut iaitu:

(i) untuk menjalankan kewajipan-kewajipan dengan jujur

(ii) untuk menumpahkan taat setia kepada Malaysia

(iii) untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya.

[6] Sesungguhnya, sumpah dan ikrar yang telah dilafazkan itu bukan sekadar suatu formaliti atau ritual tetapi adalah ikrar yang besar maknanya yang perlu dihayati dan dijadikan panduan oleh Yang Arif dalam melaksanakan tugas seharian.

[7] Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi pada hari ini adalah berdasarkan prestasi yang telah dinilai oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan di bawah Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

[8] Kriteria-kriteria ini termasuklah integriti, kompetensi, mempunyai peribadi moral yang baik, tidak berat sebelah, ketegasan, kebolehan membuat penghakiman tepat pada masanya, kerajinan dan kebolehan untuk menguruskan kes dengan baik.

Kriteria yang lain yang dipertimbangkan ialah tidak mempunyai lebih daripada tiga penghakiman yang belum ditulis melebihi tempoh masa yang ditetapkan.

[9] Saya mengambil peluang ini untuk mengingatkan Yang Arif bahawa pengesahan dan pelantikan Yang Arif sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada hari ini bukanlah bermaksud Yang Arif tidak lagi perlu tekun dalam melaksanakan tugas harian atau tidak lagi perlu menjaga tatakelakuan seperti ketika Yang Arif belum disahkan atau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.

Sebaliknya, dengan pengesahan ini, tugas dan tanggungjawab Yang Arif kini adalah lebih besar untuk menjaga tatakelakuan selaras dengan Kod Etika Hakim 2009 dan untuk mendengar serta memutuskan kes-kes berlandaskan prinsip undang-undang yang betul dan mantap.

[10] Saya juga ingin mengingatkan Yang Arif bahawa satu aspek penting tugas kehakiman ialah untuk menyediakan alasan penghakiman bagi kes-kes yang telah diputuskan. Memberi sebab atau alasan bagi keputusan yang dicapai adalah sama penting jika tidak lebih penting daripada membuat keputusan itu sendiri.

Sehubungan dengan itu, Yang Arif perlu menyediakan alasan penghakiman dalam tempoh masa yang munasabah jika pun ia tidak dapat disediakan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ini kerana, perbicaraan rayuan di Mahkamah Rayuan tidak dapat berjalan dengan lancar tanpa alasan penghakiman daripada Mahkamah Tinggi.

Begitu juga rayuan di Mahkamah Persekutuan tidak dapat berjalan dengan lancar tanpa alasan penghakiman daripada Mahkamah Rayuan.

Hadirin yang saya hormati,

[11] Kebelakangan ini, mahkamah berhadapan dengan kes-kes berprofil tinggi dan melibatkan kepentingan awam. Adalah menjadi lumrah bagi kita para hakim untuk menerima kritikan dan tohmahan daripada pihak yang terkilan dengan keputusan-keputusan mahkamah apalagi bagi kes-kes berkepentingan awam.

Namun, apa yang berlaku dalam beberapa hari ini yang membabitkan tohmahan terhadap hakim dan badan kehakiman, pada pandangan saya, agak keterlaluan.

[12] Judges are by no means immune to public criticism and accountability to those they serve. We are all subject to scrutiny. That is why we write judgments so that they can be read, analysed, discussed and debated. In fact, the whole system of appeal is based on judges’ awareness of their own fallibility.

Hence, citizens including politicians are, to a certain extent, free to criticise the Judiciary. However, that does not mean that it is open to citizens including politicians to level unfounded and scurrilous attacks against the Judiciary or a particular judge to further their own end.

[13] It is important to emphasise that the Judiciary is the last line of defence in a constitutional democracy and there must never be a suspicion that the Judiciary is Captured.

[14] When a need arises for the Judiciary to be criticised, this should be done in a manner that is constructive and does not undermine its independence and public confidence in the Judiciary. No one should sow the seeds of doubts among the public concerning the integrity of the Judiciary or judges.

[15] Walau apapun, saya menyeru Yang Arif agar tidak berputus asa dan lemah semangat dalam melaksanakan tugas selaras dengan prinsip undang-undang.

[16] Under no circumstances, should we falter. The integrity of the justice system and the independence of the Judiciary can never be compromised under any circumstances. Come what may, we must remain strong and resilient and be steadfast in upholding the Rule of

Law.

Whilst we cannot control the words or actions of some quarters who are bent on tarnishing or destroying the image of the Judiciary, it is within our control to ensure that no one meddles in our affairs. In other words, there can be no interference in the Judiciary if we judges do not allow that to happen.

[17] And, interference will not happen so long as cases are decided without fear or favour, without ill-will or motive, without any external or internal pressure and without regard to personalities.

Public or popular views, do not matter. Cases are decided based on evidence led in court and based on established principles of law

including the stare decisis.

Whatever allegations and tribulations that confront us, these principles must be adhered to. Only if we adhere to these paramount

principles are we worthy of being called judges.

[18] Justeru, kita hendaklah sentiasa berpegang kepada prinsip-prinsip yang disebutkan tadi, kerana itulah yang akan menentukan atau mencerminkan kejujuran kita dalam menjalankan kewajiban kehakiman dan juga menentukan badan kehakiman terus teguh dan dihormati.

[19] Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi yang baru dilantik pada petang ini. Saya percaya pelantikan ini menjadi suatu kebanggaan buat Yang Arif dan keluarga. Semoga pelantikan ini menjadi pendorong kepada Yang Arif untuk terus berbakti dan berkhidmat dengan penuh dedikasi dan kejujuran.

[20] Saya juga mendoakan agar Yang Arif semuanya dikurniakan kesihatan yang baik dan diberi kekuatan untuk terus melaksanakan tugas menegakkan keadilan dan memartabatkan Badan Kehakiman.

Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.