Ismail Sabri rai petani, nelayan dan penternak di Majlis Iftar

 Ismail Sabri beramah mesra bersama para hadirin pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Golongan Petani, Penternak dan Nelayan di Kompleks Seri Perdana pada Rabu. -Foto Bernama
Ismail Sabri beramah mesra bersama para hadirin pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Golongan Petani, Penternak dan Nelayan di Kompleks Seri Perdana pada Rabu. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu berbuka puasa bersama petani, nelayan dan penternak di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana di sini.

Turut serta pada majlis itu ialah Pengerusi Persatuan Pekebun-Pekebun Melayu Cameron Highland, Datuk Syed Abd Rahman B Syed Abd Rashid dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Zamri Yaakob.

Selain itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Abdul Hamid Bahari, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Ishak Taib dan Pengerusi Jawatankuasa Badan Penyelaras PPK Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), Ismail Mat.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah serta Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid.

Majlis yang dihadiri kira-kira 500 tetamu itu turut diserikan dengan kehadiran 30 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Nur Ain Bangi, Selangor.

Selepas berbuka puasa, Ismail Sabri menunaikan solat maghrib berjemaah bersama tetamu yang hadir. - Bernama