Sila log masuk terlebih dahulu.

Jabatan Penjara benar lawatan keluarga sempena Aidilfitri

Jabatan Penjara Malaysia membenarkan lawatan perjumpaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada semua keluarga penghuni penjara.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
Jabatan Penjara Malaysia membenarkan lawatan perjumpaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada semua keluarga penghuni penjara.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Penjara Malaysia membenarkan lawatan perjumpaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada semua keluarga penghuni penjara.

Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, perjumpaan lawatan itu boleh dilakukan melalui dua kaedah iaitu secara bersemuka atau dalam talian.

Menurut kenyataan itu, lawatan ditetapkan pada hari raya ketiga dan keempat bagi semua penjara, pusat pemulihan akhlak, pusat pemulihan khas, tempat tahanan khas dan Sekolah Henry Gurney.

Kenyataan itu memaklumkan, semua lawatan di institusi-institusi penjara ditutup pada hari pertama dan kedua perayaan.

"Dua kaedah perjumpaan iaitu secara bersemuka dan secara dalam talian. Kaedah secara dalam talian bermula pada 5 hingga 7 Mei 2022.

Keluarga yang memilih kaedah bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat pada waktu lawatan bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang.

"Mereka perlu membuat ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) atau kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) dalam sah laku tiga hari selepas pengambilan sampel dan tidak bergejala sebelum hadir ke institusi berkenaan,” kata kenyataan tersebut pada Rabu.

Jelas kenyataan itu, pelawat yang membuat janji temu sahaja dibenarkan untuk lawatan perjumpaan itu.

Artikel Berkaitan:

Terdapat tiga kaedah tempahan iaitu Sistem i-Visit di laman web www.prison.gov.my, panggilan telefon, e-mel atau surat ke institusi berkenaan.

"Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat.

“Sila hubungi institusi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut atau melayari www.prison.gov.my,” menurut kenyataan itu.