X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

PASLeaks: Ahmad Samsuri sedia dipanggil beri keterangan

Ahmad Samsuri
A
A

KUALA TERENGGANU - Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersedia pada bila-bila masa sekiranya dipanggil memberi keterangan berhubung penyebaran 'PASLeaks'.

"Sudah tentu sebagai warganegara yang patuh kepada peraturan yang ada, saya atau sesiapa jua yang dipanggil pihak berkuasa akan akur,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita Terengganu di Wisma Darul Iman pada Rabu.

Bagaimanapun, Menteri Besar Terengganu itu berkata, setakat ini beliau belum menerima panggilan daripada pihak polis untuk tampil memberi keterangan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim pada Selasa dilaporkan berkata, polis sudah memulakan siasatan terhadap kes berkenaan dan akan memanggil semua ahli politik yang disebut dalam minit mesyuarat yang tular itu.

Ahmad Samsuri dalam pada itu sekali lagi menegaskan tiada keperluan untuk Pas membuat laporan polis berhubung perkara tersebut yang disifatkannya sebagai ‘sampah’.

Ditanya mengenai pihak yang membuat laporan polis, beliau berkata ia merupakan hak masing-masing dan terserah kepada pihak berkuasa untuk menjalankan sebarang siasatan sekiranya perlu.

Sebelum ini, tular menerusi media sosial beberapa keratan dokumen didakwa merupakan minit mesyuarat Pas yang mempunyai pelan atau gerak kerja parti itu untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!