X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Pas Leak tidak menyerupai minit mesyuarat parti

Muhammad Sanusi
A
A

ALOR SETAR - Dokumen Pas Leak yang tersebar di media sosial baru-baru ini jelas palsu kerana tidak menyerupai format minit mesyuarat ditetapkan parti.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa, ia dipercayai ditulis oleh 'cybertrooper' pihak tertentu yang mahu mendapatkan kepentingan daripada dokumen terbabit.

Katanya, selaku orang lama dalam kepimpinan parti terbabit, beliau tidak pernah mengetahui mengenai perancangan seperti dinyatakan dalam dokumen tersebut.

"Saya ada dalam parti ini dah lama dan minit mesyuarat Pas tak tulis macam itu, kami ada format tersendiri termasuk dari segi ejaan, urutan serta semua yang lain dan ia bukan begitu.

"Yang tulis tu orang bodoh saja, tulis benda macam itu lepas tu bagi orang baca," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini pada Rabu.

Dalam masa sama, Muhammad Sanusi turut menempelak kenyataan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa penafian Pas terhadap kesahihan dokumen tersebut sukar dipercayai kerana parti itu sememangnya mempunyai rekod menafikan kebenaran.

"Yang Mahfuz cakap, itu dirinya sendiri. Beliau selalu buat lain, cakap lain. Jadi yang dikatakannya itu, mungkin dirinya sendirilah.

"Bagi Pas kalau ada, kita kata ada dan kalau tak ada, kita kata tak adalah," katanya.

Sebelum ini, Naib Presiden Pas yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut menyifatkan dokumen tersebut sebagai 'sampah'.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!