PM wajib ambil perhatian keluhan Nurul Izzah: MP

Abdullah Sani
Abdullah Sani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keluhan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengenai beberapa kelemahan pentadbiran PH ketika ini perlu diberi perhatian.

Malah menurut Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri perlu mengambil maklum mengenai kenyataan-kenyataan berkenaan.

"PM wajib ambil perhatian pandangan ini, ia bukan sunat atau harus. Perlu ambil tindakan segera merealisasikan apa yang rakyat idamkan seperti isu kos sara hidup dan sebagainya jadi buatlah rancangan yang tertib," katanya kepada media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini penggal terakhir saya jadi Ahli Parlimen - Nurul Izzah

Beliau berkata demikian merujuk kepada luahan hati Nurul Izzah yang menyifatkan kerajaan PH mengambil langkah perlahan dalam pentadbiran negara.

Selain itu, Nurul Izzah berkata, beliau kecewa dengan obsesi kerajaan PH terhadap skandal 1MDB dan tidak memberi fokus terhadap isu sebenar.

Katanya, isu 1MDB hanya boleh digunakan buat sementara kerana selepas isu tersebut orang ramai mahukan keselesaan dan penambahbaikan dalam kehidupan seharian mereka.

Menerusi wawancara tersebut, Nurul Izzah juga berkongsi gambaran tentang perkembangan politik negara dalam tempoh setahun sebagai ‘sangat mencabar dan huru-hara’.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Abdullah Sani berkata, keluhan Nurul Izzah itu sangat jelas lahir kerana kekhuatirannya terhadap kerajaan PH akan menjadi sepertimana BN sebelum ini.

"Jadi apa yang ada dalam manifesto itu laksanakanlah janganlah kita nak guna kuasa mutlak yang kita pegang sebab kita dah janji dengan rakyat.

"Contoh isu PAC tidak boleh orang kerajaan kita kena bagi pembangkang untuk dia 'check and balance' pentadbiran kerajaan, keduanya soal kemasukan beberapa Ahli Parlimen ke Bersatu akan beri banyak isyarat berbeza yang diberi rakyat ini antara keluhan yang nampak dirasainya," katanya.