The Hope Factory Malaysia sumbang 250 naskhah al-Quran

The Hope Factory Malaysia menyumbang sebanyak 250 naskhah al-Quran kepada Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru, Kuala Krai.
The Hope Factory Malaysia menyumbang sebanyak 250 naskhah al-Quran kepada Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru, Kuala Krai.
A
A
A

SHAH ALAM - The Hope Factory Malaysia menyumbang sebanyak 250 naskhah al-Quran untuk Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru, Kuala Krai, Kelantan bagi kegunaan 482 murid serta surau sekolah tersebut.



Presidennya, Tengku Munazirah Tengku Abdul Samad Shah Al-Haj berharap sumbangan itu dapat memberi semangat kepada pelajar untuk mendalami ilmu al-Quran terutama pada sesi kelas al-Quran, tasmik dan fardu ain.

“Sejak Program Wakaf al-Quran diperkenalkan dua tahun lalu, sebanyak 3,540 naskhah sudah disumbangkan di seluruh negara termasuk Penjara Kajang, maahad tahfiz, sekolah agama rakyat, mangsa banjir, surau dan masjid,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

The Hope Factory Malaysia merupakan salah satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar sejak tahun 2012.

Dalam pada itu, Tengku Munazirah turut mengalu-alukan orang ramai memberi sumbangan menerusi Wakaf al-Quran dengan RM60 senaskhah atau RM10 satu bahagian melalui akaun Pertubuhan Harapan Istimewa Malaysia, 8603574107 (CIMB).

Katanya, hasil kutipan derma akan disumbangkan kepada tujuh kategori utama iaitu program wakaf al-Quran, rawatan perubatan, rumah kebajikan kanak-kanak dan fakir miskin, pendidikan, kebuluran dan perlindungan untuk haiwan terbiar.