Ardern arah tubuh RCI siasat serangan Christchurch

Jacinda Ardern
Jacinda Ardern
A
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern hari ini mengarahkan siasatan kehakiman bebas berhubung serangan dua masjid di Christchurch, mempersoalkan sama ada polis dan perkhidmatan perisikan berkemungkinan menghalang serangan 15 Mac itu.

Ardern berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) iaitu siasatan kehakiman paling berkuasa di bawah undang-undang New Zealand, diperlukan untuk mengetahui bagaimana seorang lelaki bersenjata dapat membunuh 50 orang dalam serangan yang mengejutkan dunia.

“Adalah penting tiada perkara terlepas pandang untuk memastikan bagaimana tindakan keganasan berlaku dan bagaimana kita dapat menghentikannya,” katanya. - AFP

Artikel Berkaitan: