Istimewa Raya Mydin di Shopee

Kempen yang mengangkat tema 'Senyuman Syawal, Lebih Murah, Lebih Meriah' turut menjanjikan tawaran penjimatan kepada rakyat Malaysia supaya mereka boleh mengatur perbelanjaan dengan bijak bagi memastikan sambutan Aidilfitri lebih meriah dan bermakna.
Kempen yang mengangkat tema 'Senyuman Syawal, Lebih Murah, Lebih Meriah' turut menjanjikan tawaran penjimatan kepada rakyat Malaysia supaya mereka boleh mengatur perbelanjaan dengan bijak bagi memastikan sambutan Aidilfitri lebih meriah dan bermakna.
A
A
A

SHAH ALAM - Bagi memeriahkan sambutan Syawal tidak lama lagi, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) terus menawarkan keseronokan dan kegembiraan kepada pengguna Shoppee melalui Istimewa Raya Mydin di Shopee dengan pelbagai tawaran istimewa dan diskaun hebat yang berlangsung hari ini (Rabu).

Lebih menyeronokkan, kempen yang mengangkat tema 'Senyuman Syawal, Lebih Murah, Lebih Meriah' turut menjanjikan tawaran penjimatan kepada rakyat Malaysia supaya mereka boleh mengatur perbelanjaan dengan bijak bagi memastikan sambutan Aidilfitri lebih meriah dan bermakna.

Mydin dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, antara barang yang di tawarkan melalui aplikasi Mydin di Shopee itu adalah barangan keperluan dapur dan memasak, pakaian, aksesori, biskut raya serta perhiasan rumah.

"Bagi menambahkan lagi kemeriahan dan keseronokan Syawal, kempen ini juga turut menawarkan baucar yang mempunyai tempoh masa dan rebat 'special coins' bagi penjimatan lebih berganda kepada pengguna aplikasi tersebut.

"Pelanggan juga boleh menikmati 12 peratus diskaun dan 800 mata maksimum dengan setiap pembelian bernilai RM50 dan ke atas sepanjang 27 April.

"Selain daripada itu, enam pelanggan yang berbelanja dengan nilai tertinggi pada hari tersebut bakal mendapat kotak barangan industri kecil dan sederhana (IKS) yang berisi barangan tempatan pilihan Mydin yang bernilai RM115," katanya.

Sementara itu, mengambil kira jumlah kunjungan pengguna yang meningkat di platform tersebut terutamanya ketika Ramadan dan menjelang sambutan Syawal, Mydin turut menaiktaraf sistem pengurusan kepada Dropee Multi-channel Ecommerce dan AC2’s Wave Warehouse Management System (WMS) bagi memastikan kecekapan dan memberikan keselesaan kepada pengguna terutamanya pada waktu kemuncak.

Kempen Senyuman Syawal Mydin juga mengajak semua masyarakat untuk berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan terutamanya ketika musim perayaan dengan membeli Kotak Kombo Raya yang berharga RM50 sehingga RM80 bagi meringankan perbelanjaan persiapan sambutan Syawal mereka.