Dah dapat duit KWSP, tol pergi balik kampung pula percuma!

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

AIDILFITRI yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi pasti menjadi momen paling dikenang sejak negara dilanda wabak Covid-19.

Apa tidaknya, selepas dua tahun tak dapat ke mana-mana, akhirnya raya tahun ini Merak Jalanan dan kita semua bersorak gembira sebab boleh balik kampung.

Banyak prosedur operasi standard (SOP) sudah dilonggarkan termasuklah saf solat di masjid dan surau kembali rapat, rakyat bebas ke sana sini, sempadan negara dibuka dan berkemungkinan pemakaian pelitup muka juga tak lagi diwajibkan.

Tapi berita paling seronok dan menenangkan jiwa Merak Jalanan serta seluruh rakyat Malaysia sudah tentulah pemberian tol percuma.

Bermula jam 12 tengah malam pada 30 April ini sehingga jam 11.59 malam 1 Mei, semua jenis kenderaan akan menikmati hadiah daripada kerajaan yang amat bermakna itu.

Ia melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk jaringan lebuh raya utara-selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT).

Eh bukan tu saja, ada lagi! Pemberian tol percuma juga diberi untuk pulang semula ke rumah masing-masing bermula jam 12 tengah malam pada 7 Mei hingga jam jam 11.59 malam pada 8 Mei ini.

Syok habislah raya kali ni sebab kebanyakan kita dapat duit Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), lepas tu balik kampung free pula, cuma perlu top up petrol sahaja.

Nampak tak betapa bertuahnya jadi warga Malaysia.

Macam-macam kerajaan buat untuk pastikan hari raya kali ini sangat bermakna kepada semua. Jadi, kita kena pastikan ‘keseronokan’ yang dinikmati ini berbaloi.

Berbelanja secara berhemah dan memandulah dengan penuh hikmah!