Tiga warga China antara terbunuh insiden letupan di Karachi

Empat termasuk tiga warga China terbunuh dalam insiden letupan bom di Universiti Karachi di Pakistan, pada Selasa. - Foto EPA
Empat termasuk tiga warga China terbunuh dalam insiden letupan bom di Universiti Karachi di Pakistan, pada Selasa. - Foto EPA
A
A
A

NEW DELHI - Empat orang, termasuk tiga warga China, terbunuh dalam satu insiden letupan bom di Universiti Karachi di Pakistan, pada Selasa.

Serangan di wilayah Sindh itu menyasarkan sebuah van berhampiran pintu pagar Institut Confucius universiti terbabit, lapor media Pakistan.

"Kami sedang menyiasat kejadian itu, tetapi nampaknya guru-guru Cina menjadi sasaran," kata Ketua Polis Karachi, Ghulam Nabi Memon.

Pengarah institut itu adalah antara yang terbunuh.

Kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Baloch mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. - Bernama