Lagu viral tak semestinya bermutu: Hadi Carefree

Penyanyi, Hadi Carefree - Foto Hadi Hassan
Penyanyi, Hadi Carefree - Foto Hadi Hassan
A
A
A

AKHIR tahun 80’an kumpulan retro pop, Carefree cukup dikenali ramai. Namun ketika di puncak populariti, kumpulan ini berpecah.

Selepas tiga dekad berlalu, akhirnya Carefree memutuskan untuk membuat kemunculan semula pada 2011.

Meski telah kehilangan Jay Jay, mereka telah memilih Hadi Hassan, adik kepada artis terkenal Salamiah Hassan sebagai vokalis baru. Sehubungan itu, Bicara Seni pada kali ini akan mengupas dari segi penerbitan arena muzik pula.

1. Selaku penggiat seni berpengalaman, bagaimanakah Hadi melihat kemajuan industri penerbitan muzik tanah air?

Industri penerbitan muzik sekarang kalau dibandingkan dengan dahulu amat berbeza dari segi teknik, peralatan, proses adunan dan juga rakaman.

Kalau dulu kita nak buka studio memakan belanja lebih RM1 juta, sekarang kalau sudah ada laptop, audio interface dan sepasang headphone dah boleh buat rakaman.

Ada baik dan buruknya dengan teknologi sekarang ini. Antara kebaikannya ialah lebih ramai penglibatan anak muda dalam penerbitan muzik jika dibandingkan dengan dahulu.

Artikel Berkaitan:

- Foto Hadi Hassan
- Foto Hadi Hassan

Maka idea baru akan lebih menghiaskan dunia rakaman kita, namun yang menjadi persoalannya ialah tidak semua yang diterbitkan mempunyai mutu antarabangsa kerana ramai juga yang hanya berpaksikan YouTube sebagai rujukan. Mereka ini kurang berpengalaman.

Justeru itu, persepsi dunia luar terhadap penerbitan muzik tempatan akan terjejas akibat kekurangan mutu.

2.Bagaimana pula dari segi perkembangan industri penerbitan muzik tanah air?

Dari segi perkembangan dunia muzik kita, ya memang amat menggalakkan. Lebih banyak lagu tempatan membanjiri pasaran. Tapi sayangnya lagu-lagu tradisional semakin dilupakan.

Dunia hiburan kita lebih cenderung pada sesuatu yang viral. Namun yang viral itu bukan semestinya bermutu.

Keadaan menjadi lebih tenat bila mana ditambah lagi dengan tauke kilang, tauke sayur, tauke segala tauke yang ada duit juga menjadi komposer dan penerbit.

Secara jujurnya saya rasa pihak media seperti Radio dan TV stesen perlu memainkan peranan bagi mengubah keadaan ini agar negara kita terselamat daripada kemusnahan bakat-bakat yang sepatutnya diberikan peluang.

- Foto Hadi Hassan
- Foto Hadi Hassan

Kalau nak rating atau menarik pendengar sekali pun, kita perlu ada tanggungjawab sebagai pelopor atau pemangkin seni hiburan tanah air.

Selaku COO Dream Music Sdn Bhd bersama Managing Director Dream Group Datuk Hj. Mohd Fauzi Zakaria, mereka telah melancar satu portal iaitu Dream Live bertjuan untuk mempromosi para artis baharu dan Indie yang tidak berpeluang lagu mereka diputarkan di radio mainstream.

Selain portal radio Hadi juga mempunyai portal TV, iaitu Coverline TV yang mana lebih kepada kalangan artis mainstream namun tujuannya untuk meletakkan artis Indie yang dirasakan berbakat bersama artis mainstream di konti kami ketika bersiaran.

Antara barisan artis yang pernah muncul di Coverline TV ialah Fattah Amin, Datuk Jalalluddin Hassan, Datuk Yusuf Haslam, Haiza, Datuk Hattan, Kaka Azraff, Salamiah Hassan dan ramai lagi.

Manakala artis yang pernah bekerjasama dengan Hadi terdiri daripada Carefree sendiri, Adibah Noor, Ella, Salamiah Hassan, Maya Karin, Hunny Madu, Marsha Milan, Fattah Amin, Vince Chong, Burn Af, Sahri Af, Mawi Af, Azizi Af dan ramai lagi.